Assalamualaikum to everyone who found this blog. I am Fatin Nadhirah. Welcome to my online diary. If what i wrote in here is useful, give your thanks to Allah and u are allowed to share everything in this blog. Insyaallah :)
Hamba Allah S.W.T
Salam ukhwah fillah ❤ Fatin Nadhirah Ahmad Houzey, I am twenty years old .born on 29 May 1995. KUIS-ian. I am TESL-ian .I love to cook, I am talkative, I am a sinner, I can't get away from doing mistakes, so please guide me :') I am still in my way to be a true Muslim practicer. may Allah ease everything for me. pray for me, can you? :)
Islam menggariskan aurat wanita melibatkan seluruh anggota tubuhnya kecuali wajah dan dua telapak tangan. Namun, ramai kalangan wanita Muslim gagal menutup aurat dengan sempurna sebagaimana dituntut syariat.
Walaupun menutup kepala dengan pelbagai fesyen tudung, tetapi pada masa sama mereka menonjolkan potongan tubuh badan kepada awam.
Entah di mana silapnya, wanita sekarang seolah-olah keliru d...an dalam dilema antara tuntutan hukum dengan realiti dalam masyarakat.
Kemunculan pelbagai fesyen dewasa ini membuktikan mereka bijak berfesyen, namun pada masa sama mengetepikan soal aurat yang tidak seharusnya didedahkan atau dibuka di hadapan orang yang tidak halal dilihat kepadanya.
Sebagai Muslimah, tidak salah untuk berfesyen, tetapi biarlah fesyen sama ada pakaian mahupun tudung yang diperagakan itu tidak keterlaluan dan boleh menimbulkan fitnah.
Sebenarnya, kecantikan seorang wanita terletak pada sejauh mana ketaatannya kepada Allah SWT, bukannya merasakan kaum lelaki tertawan
p/s :aku sendiri tak sempurna dalam menutup aurat ni ,tapi dalam proses nak mengubah bagi ikut betul2 ,hukum yang Allah tetapkan :') Sincerely