|
Owner ![]() |
Malam ini sunyi sepi tiada kedengaran derusan ombak dan kicauan burung, malah tiada bunyi alam kedengaran.Semua bagaikan telah pergi,hilang bersama kenangan lalu.Tiada lagi bahagia dan ketenangan yang pernah aku rasakan dulu, bersama insan yang aku sayang.Gelak ketawa juga turut pergi tinggalkan aku sendirian disini melangkah melalui kisah hidup yang aku sendiri tidak tahu di manakah pengakhirannya.Adakah bahagia di akhir masa atau luka hingga akhir usia, memendam rindu aku pada sesuatu yang takkan kembali.Kata mereka,itu sejarah lama,langkah ke hadapan,lupakan semua.
Pernahkah sesiapa terlintas di fikiran yang terdalam,jika itu mudah,sudah lama aku lakukan.Hidup terkadang tak seindah dongeng, tanpa duka, pedih, lara dan sengsara.Lampu kalimantang gelap,dan aku seorang diri berfikir apa akan jadi nanti.Cerita hidup punyai pelbagai warna, ya aku tahu semua impikan kuning, merah,biru, putih.Tak siapa mahukan lukisan hidupnya hitam, gelap,kelam tidak tahu ke mana kan kita akan melangkah.Andai jatuh pasti sakit akan terasa, namun itu lumrah manusia ,akan buat silap tanpa menyedari.Hidup tanpa arah, cahaya ,cinta tiada makna.
Mungkin aku tidak tahu tentang segalanya tapi aku cuba memahami apa sekalipun yang terjadi dan mendatang dihadapanku tanpa rasa jemu.Aku tinggalkan jauh erti putus asa di belakangku bersama kisah dulu.Supaya aku akan terus berlari selepas jatuh.Tiada istilah berhenti atau berpuas hati sebelum benar benar aku kecapi erti hidup aku yang sebenar.Nikmat hidup dunia semua mahu merasa, bohong kalau aku ucap bahawa aku tidak pernah merasai rasa yang sama seperti manusia lain.
Tetapi,aku tahu dan aku sedar aku takkan biar nafsu mengawal diri aku.Dunia hanya sementara tiada yang kekal, tidak perlu dipertikaikan lagi.Mengapa semua tak mahu mengerti, kenyataan, dan bukti terbentang di depan mata.Mungkin ramai yang punyai deria tetapi pekak, bisu, buta, ada juga yang ada semuanya tetapi mata, telinga, mulut mereka berbohong, tidak mahu peduli apa yang sebenarnya kita semua patut tahu.Aku masih lagu tertanya-tanya, namun soalan yang tiada jawapan.
Tiada siapa peduli, kata mereka, kita tidak berkongsi ,aku dan hidup aku ,mati aku takkan libatkan kamu.Aku pernah ada di bawah di saat yang mungkin aku belum tahu bagaimana nak berfikir.Tapi aku bukan seorang budak yang dia, kamu, atau mereka bisa lagi memandang dengan sangkaan yang aku masih lemah, sama seperti aku yang dulu.Aku tetap aku tapi manusia berubah, sampai bila aku mahu diinjak, dipijak, dipandang sebelah mata oleh manusia yang dengki, tidak ambil peduli dan mahu menjatuhkan.
Mungkin ada yang tidak menyukai kehadiran diri aku yang tak sempurna dari pandangan mereka.Tapi satu perkara semua perlu tahu, aku tidak dilahirkan untuk memuaskan hati semua orang, Allah tiupkan aku roh untuk beribadah kepadaNya.Sampai bila aku, kau dan orang sekeliling aku mahu jadi mangsa nilaian dan kritikan manusia.Bangkit dan berdiri di atas kaki kita sendiri ,jangan asyik menggapai awan andai kaki tak kesampaian.Kelak nanti kita jatuh tak mampu berdiri lagi.
Aku bukan bermadah, cuma meluahkan segala yang ada agar aku lega walau seketika.Fikiran aku melayang, terfikirkan yang jauh di sana.Nenek,Tok aku sangat rindukan kampung dan suasana macam dulu.Aku benci permusuhan yang tercipta.Kenapa perlu ada jurang sedangkan dulunya kita satu.Bukan salah kita, tapi manusia yang tak pernah fikirkan hati insan lain.


