Assalamualaikum to everyone who found this blog. I am Fatin Nadhirah. Welcome to my online diary. If what i wrote in here is useful, give your thanks to Allah and u are allowed to share everything in this blog. Insyaallah :)
Hamba Allah S.W.T
Salam ukhwah fillah ❤ Fatin Nadhirah Ahmad Houzey, I am twenty years old .born on 29 May 1995. KUIS-ian. I am TESL-ian .I love to cook, I am talkative, I am a sinner, I can't get away from doing mistakes, so please guide me :') I am still in my way to be a true Muslim practicer. may Allah ease everything for me. pray for me, can you? :)
Semoga kau ditempatkan dengan orang beriman kawan ..
Assalamualaikum ,tengahari ni terbaca di facebook yang kawan lama aku QAYYUM ,aku kenal dia tak lama ,tapi sebagai kawan ,dia agak baik .tapi ,dia baru meninggal pagi tadi ,punca dan sebab aku tak pasti .aku mohon korang sedekahkan ALFATIHAH untuknya ...semoga Allah ampunkan dosa nya di dunia ..
aku bukan sempurna ,aku pernah buat silap ,pernah berdosa ,mungkin seperti buih di lautan dosa aku ,bagai pasir dekat pantai .tapi aku cuba untuk berubah .aku tak sanggup masuk neraka ,ya aku tak sempurna .tapi aku cuba berubah ,sikit demi sikit .aku nak pesan pada diri dan semua orang ,mungkin aku bukan ustazah ,tapi memberi nasihat tak kira kita ustazah ,alim atau tidak ,berkongsi tidak salah ..harap orang nak terima nasihat atau pendapat aku yang naif ni .
jika orang yang kita kenal pergi .cuma doa je agar dia allah tempatkan di tmpt org beriman dan allah hapuskan dan ampunkan dosanya .kerana doa sahaja yang akan sampai ,kasihan ,airmata ,penyesalan takda guna ,maut dan menjelang ..menyesal takda guna .manusia pasti akan mati ,cuma taktau bila .doa dan amalam je yg menolong nanti ,andai matinya kita dalam keadaan berdosa ,ingkar pada suruhan Allah .
dimana tempat kita nanti ?mengapa kita mengharap syurga jika suruhannya kita ingkar ?maka terseksalah kita nanti .mungkin sesetengah orang berpendapata ,tak apa .nanti esok ,atau tua boleh taubat ,sekarang muda ,enjoy dulu ,dunia untuk berseronok ,hidup hanya sekali .kenapa ?tidakkah kita berfikir ,memang hidup sekali ,namun MATI juga sekali !beringatlah ,Allah pernah berfirman ,Tiada satu manusia pun yang tahu bila akan datang mati atau maut kepadanya .
aku ,kamu dan semua ,sebagai muslim ,aku seru ,semua bertaubatlah ,sebab kita tak tahu ajal kita bile ,mungkin esok ,semasa tidur ,semasa sedang buat maksiat ,semasa buka aurat .tak sempat bertaubat .renungkan sejenak ,mana tempat kita nanti ,syurga atau neraka kelak .semoga semua ingat yang mati itu dekat .bertaubatlah kita selama kita masih hiduppp .
aku sebagai kawan ,menegur sebab sesungguhnya aku sayang kawan kawan aku .andai aku biar ,apa guna lagi aku sebagai kawan ,aku nk sangat semua kawan aku berubah ,insaf dengan dosa yg kita semua pernah lakukan sbb mati tu tk kenal umur ,selama nyawa masih ada ,berubahlah ,bertaubatlah kita semua .aku sedih ,takut bila dengar pasal mati ,sebab aku takut aku tak bersedia mghadapi mati ,semoga kita semua berubah dan insaf ..wallahualam ..
teguran ni untuk diri sendiri dan semua orang ,andai melukakan hati aku mintak ampun maaf dari hujung rambut ke hujung kaki .tiada satu pun manusia itu sempurna .maka berubahlah .bertaubatlah .kembali kepada islam .kerana islam itu sebaik baik agama .jika suruhan Allah kita taknak dengar ,siapa lagi ?
sesungguhnya Allah maha pengampun ,cuma kita terkadang sombong nak mintak kemampunan ...wallahuallam .
p/s :Qayyum ,aku harap kau ditempatkan dengan orang beriman .moga diampunkan dosamu .