|
Owner ![]() |
aku gadis itu ,
yang selalu ingat masa lalu ,
walau dia tahu ,
dia tak mahu kembali .
tapi rindu cemburukan aku ,
ia datang bila
aku sudah jauh tinggalkan segala ,
cerita sakitku dulu
aku hanya manusia
Yang fitrahnya punyai hati
dan juga cinta
walau ku tak punya segala
aku tetap berdoa
Agar Tuhan kurniakan
Bahagia untukku
Namun bukan kesempurnaan
Yang aku diimpikan
Cuma sesuatu untuk melengkapi
Hidup yang tak seperti angan angan
Hidup bukan drama
Jua bukan teater
Ia adalah sebuah kisah
Tanpa pengarah ,tanpa skrip
Tapi pelbagai watak
Mungkin kisah aku tak terceritakan
Tapi dari awal hingga kini
Dia selalu tahu tanpa perlu
Aku terangkan
Dia masih berikan aku peluang
Ada setiap ketika
Aku jatuh, sakit, duka
Mahupun gembira
Aku takkan hirau segala
Yang mendatang
Asal aku tahu
Dia akan tetap ada
Nukilan Fatin Nadhirah
(10/4/2012) (10.38pm)


