Assalamualaikum to everyone who found this blog. I am Fatin Nadhirah. Welcome to my online diary. If what i wrote in here is useful, give your thanks to Allah and u are allowed to share everything in this blog. Insyaallah :)
Hamba Allah S.W.T
Salam ukhwah fillah ❤ Fatin Nadhirah Ahmad Houzey, I am twenty years old .born on 29 May 1995. KUIS-ian. I am TESL-ian .I love to cook, I am talkative, I am a sinner, I can't get away from doing mistakes, so please guide me :') I am still in my way to be a true Muslim practicer. may Allah ease everything for me. pray for me, can you? :)
Sayidina Abu Bakar berkata: Terdapat lapan perkara yang menjadi perhiasan kepada lapan perkara: – Menjaga perkara yang haram, perhiasan kepada fakir. – Syukur perhiasan kepada nikmat – Sabar perhiasan kepada bala – Tawaduk perhiasan kepada kemuliaan. – Berlemah lembut perhiasan kepada ilmu. – Merendah diri perhiasan kepada orang yang bercakap. – Meninggalkan riyak perhiasan kepada kebaikan. – Khusyuk perhiasan kepada sembahyang.
Sesungguhnya hamba itu apabila datang ujub dengan sesuatu dari
perhiasan dunia nescaya Allah memurkainyahingga dia menceraikan
perhiasan itu.
Moga-moga aku jadi pokok kayu dicantas kemudian dimakan.
Dia
berkata kepada para Sahabat: Sesungguhnya aku telah mengendalikan
urusan kamu, tetapi bukanlah aku ini orang yang paling baik di kalangan
kamu maka tolonglah aku, kalau aku berlaku lurus maka ikutilah aku
tetapi kalau aku menyeleweng betulkan aku.
SAYIDINA UMAR AL KHATTAB 1. Khalifah kedua, Sayidina Umar berpesan: – Siapa yang menjaga percakapannya dianugerahkan kepadanya hikmah. – Siapa yang menjaga penglihatannya dianugerahkan kepadanya hati yang khusyuk. – Siapa yang menjaga makanannya dianugerahkan kepadanya kelazatan dalam beribadah. – Siapa yang bersabar di atas ujian, Allah sempurnakan sabarnya lalu memasukkannya ke dalam Syurga mana yang dia suka. – Siapa yang menjaga daripada ketawa dianugerahkan kepadanya kehebatan. – Siapa yang menjaga daripada bergurau dianugerahkan kepadanya keelokan atau kemuliaan. – Siapa yang meninggalkan cinta dunia dianugerahkan kepadanya dapat melihat kesalahan sendiri. – Siapa yang meninggalkan kesibukan mencari kesalahan pada perbuatan Allah, dianugerahkan kepadanya pelepasan daripada nifak.
2.
Jika tidaklah kerana takut dihisab sesungguhnya aku perintahkan kamu
membawa seekor kambing untuk dipanggang di depan pembakar roti ini.
3. Siapa takut kepada Allah SWT, nescaya marahnya tidakdapat dilihat. Dan siapa takutkan Allah, kehendaknya akan ditunaikan.
4. Wahai Tuhan, jangan Engkau jadikan kebinasaan umat Muhammad SAW di tanganku.
5.
Termaktub dalam sepucuk surat khalifah Umar kepada Abu Musa Al Asyaari:
“Milikilah sifat sabar. Sifat sabar itu ada dua. Sabar yang pertama
lebih afdhal dari sabar yang kedua iaitu sabar dalam meninggalkan
larangan Allah SWT dan sabar dalam menghadapi musibah. Ketahuilah bahawa
sabar itu sangkutan iman (orang yang bersabar akan mendapat iman)
kerana kebajikan yang paling utama adalah taqwa dan taqwa hanya dapat
dicapai dengan sabar.”
C. SAYIDINA USMAN IBNU AFFAN R.A. Mari kita lihat pula kata-kata hikmah daripada khalifah ketiga, Sayidina Usman Ibnu Affan r.a. Di antaranya: 1. Aku mendapat kemanisan ibadah dalam empat perkara: a. Sewaktu menunaikan apa yang difardhukan Allah. b. Meninggalkan apa-apa yang Allah haramkan. c. Ketika menyeru kepada kebaikan. d. Ketika mencegah kemungkaran dan menjaga diri daripada membuat perkara yang menyebabkan kemurkaan Allah.
2. Katanya lagi: Empat perkara yang pada zahirnya fadhilat dan pada batinnya wajib: a. Bergaul dengan orang soleh itu fadhilat, mengikut amalan mereka itu wajib. b. Membaca Al Quran itu fadhilat, beramal dengannya itu wajib. c. Menziarahi kubur itu fadhilat, bersedia untuknya itu wajib. d. Menziarahi orang sakit itu fadhilat, menunaikan wasiat itu wajib.
3. Pesanannya: Antara tanda-tanda ‘arifin itu ialah: a. Hatinya berserta takut dan harap. b. Lidahnya bertahmid dan memuji Allah. c.
Matanya berserta malu melihat perkara yang dilarang dan banyak
menangis. d. Kehendaknya bersih dari cinta dunia dan bertujuan menuntut
keredhaan Allah.
D. SAYIDINA ALI ABU TALIB K.W. Khalifah keempat, Sayidina Ali k.w. berkata: 1.
Ilmu itu sebaik-baik pusaka. Adab itu sebaik-baik sifat. Taqwa itu
sebaik-baik bekalan. Ibadah itu sebaik-baik barang perniagaan.
2.
Siapa yang tinggalkan dunia, dikasihi oleh Allah. Siapa yang tinggalkan
dosa, dikasihi oleh malaikat. Siapa tinggalkan tamak, dikasihi oleh
orang-orang Islam.
3. Siapa yang tidak ada padanya sunnah Allah,
sunnah Rasul dan sunnah wali-Nya, maka tiadalah apa-apa kebaikan
padanya. Ditanya orang pada Sayidina Ali k.w., “Apakah sunnah Allah?”
Sayidina Ali menjawab, “Menyembunyikan rahsia (misalnya menutup aib
orang lain).” Ditanya lagi, “Apakah pula sunnah Rasulullah?” ayidina Ali
berkata, “Berlemah lembut dengan sesama manusia.” Ditanya lagi, “Apakah
pula sunnah wali-Nya?” Sayidina Ali menjawab, “(Sabar dalam) menanggung
penderitaan.”
4. Susah sekali melakukan kebaikan pada empat
tempat: – Memberi maaf ketika marah.– Bersedekah ketika kesempitan.–
Menjauhi perkara haram ketika seorang diri. – Berkata benar kepada orang
yang ditakuti atau orang yang selalu menolong.
5. Memadai aku
merasa mulia bahawa Engkau Tuhan bagiku dan memadailah aku merasa bangga
bahawa aku menjadi hamba-Mu. Engkau yang aku cintai maka berilah aku
taufik (agar dapat melakukan perkara-perkara yang Engkau cintai).
6.
Hendaklah kamu lebih mengambil berat bagi diterima amalamal kamu
daripada beramal. Sesungguhnya sangat besar nilainya amalan yang
disertai taqwa dan betapa lagi kalau amalan itu diterima.
7. Janganlah mengharap seorang hamba itu melainkan Tuhannya dan janganlah dia takut melainkan dosanya.
8. Tiada kebaikan ibadah tanpa ilmu dan tiada kebaikan ilmu tanpa faham dan tidak ada kebaikan bacaan kalau tiada perhatian.
9. Dasar kekafiran itu dikelilingi oleh empat tiang iaitu kasar hati, buta fikiran, lalai dan prasangka.
10. Orang berhati kasar akan menghina kebenaran, menunjukkan kejahatan dan mengutuk orang-orang pandai.
11. Buta hati akan lupa zikrullah.
12.
Orang yang syak wasangka akan tertipu oleh angan-angan. Sampai masanya
dia ditimpa kecewa dan sesal tidak berhujung kerana diperlihatkan Allah
hal-hal yang selama ini tidak dikiranya.