Assalamualaikum to everyone who found this blog. I am Fatin Nadhirah. Welcome to my online diary. If what i wrote in here is useful, give your thanks to Allah and u are allowed to share everything in this blog. Insyaallah :)
Hamba Allah S.W.T
Salam ukhwah fillah ❤ Fatin Nadhirah Ahmad Houzey, I am twenty years old .born on 29 May 1995. KUIS-ian. I am TESL-ian .I love to cook, I am talkative, I am a sinner, I can't get away from doing mistakes, so please guide me :') I am still in my way to be a true Muslim practicer. may Allah ease everything for me. pray for me, can you? :)
Bertudung labuh ?
Saturday, September 22, 2012 ❤ 7:22 PM ❤ 0 comments
1. Mulakan dengan memakai stokin kaki & sarung lengan. Biasakan
memakai baju yang longgar dan melepasi punggung. Tukarkan penggunaan
seluar jeans dengan seluar slack yang longgar.
2. Cari & sertailah kumpulan usrah yang benar. Yakni yang
diyakini agama naqibah (ketua usrah) nya serta hala tujunya selari
dengan syariat. InsyaAllah…
3. Perhebatkan langkah menyertai majlis-majlis ilmu seperti kuliah
maghrib di Masjid, ceramah-ceramah oleh ustaz/ustazah untuk menambah
input dalam diri. InsyaAllah, akan bertemu sahabat-sahabat baru yang
baik di majlis-majlis tersebut.
4. Bersungguh-sungguh memperbaiki ibadah-ibadah asas seperti solat,
puasa & sebagainya. Boleh rujuk ustaz/ustazah, sahabat2 yang
diyakini agama, kitab-kitab fardu ain, ataupun mendengar ceramah-ceramah
online (kalau boleh semua ini seiring).
5. Perbanyakkan membaca al-Quran & mentadabbur (mengkaji) maknanya. Milikilah tafsir mini sebagai teman karib.
6. Apabila hati sudah semakin kuat, yakni semakin sudah yakin dengan
pilihan yang dibuat (untuk berhijrah lillahi taala) maka,
perlahan-lahanlah mulakan langkah untuk memperbaiki penampilan. Mulalah
memakai baju yang menutupi peha (mencecah lutut). Paling popular,
T-shirt Muslimah. Namun, hati-hati, seeloknya pastikan ukurannya
mencecah lutut kerana T-shirt yang tidak menutupi peha berpotensi untuk
menampakkan bentuk peha jika dipakai dengan seluar.
7. Mulakan dengan memakai tudung bidang 50 (melepasi bahu). Pinkan
secara lurus. Kalau dipinkan silang ke dada, kelihatan agak singkat.
Kebiasaannya muslimah memilih untuk memakai Tudung Turki atau Tudung
Mesir.