|
Owner ![]() |
Melihat
jengkaut Israel Defence Forces (IDF) ingin memusnahkan rumah orang
awam, wanita Amerika ini merayu kepada pemandu jengkaut itu dengan
memanjat jengkaut itu supaya berundur daripada memusnahkan orang awam.
Kemudian, beliau turun dari jengkaut itu lalu melutut supaya pemandu itu
membantutkan niatnya. Pemandu jengkaut itu tidak menghiraukan rayuan
Rachel, lalu pemandu itu terus memandu ke hadapan lalu mengorek tanah
berhampiran Rachel.
Kejadian
ini menyebabkan Rachel terjatuh. Rachel cuba untuk menyelamatkan
dirinya tetapi jengkaut itu terus berundur dan bergerak lagi ke hadapan.
Tindakan pemandu jengkaut ini menyebabkan Rachel berada di bawah
runtuhan. Keadaannya sangat parah dan darah tidak berhenti-henti
mengalir dari hidungnya. Kekejaman ini juga menyebabkan tulang
belakangnya patah.
Pembunuhan
seorang aktivis wanita ini sememangnya tidak dapat dimaafkan dan
dilupakan. Nafsu puak pengganas Zionis ini jelas kelihatan apabila
pemandu tersebut membunuh Rachel bukan dengan menggunakan jengkaut
biasa. Sebaliknya, jengkaut yang digunakan adalah jengkaut berteknologi
tinggi yang dilengkapi dengan senjata api dan cermin kalis peluru, iaitu
jengkaut Catterpillar D9 yang telah diubahsuai oleh IDF.

