Assalamualaikum to everyone who found this blog. I am Fatin Nadhirah. Welcome to my online diary. If what i wrote in here is useful, give your thanks to Allah and u are allowed to share everything in this blog. Insyaallah :)
Hamba Allah S.W.T
Salam ukhwah fillah ❤ Fatin Nadhirah Ahmad Houzey, I am twenty years old .born on 29 May 1995. KUIS-ian. I am TESL-ian .I love to cook, I am talkative, I am a sinner, I can't get away from doing mistakes, so please guide me :') I am still in my way to be a true Muslim practicer. may Allah ease everything for me. pray for me, can you? :)
Mak pandang jenazah abang yang terbaring kaku. Walaupun muka
sembap, perut membusung, namun mak nampak ketenangan pada wajah abang.
Mak ambil pisau. Mak potong baju-T yang tersarung pada tubuh abang,
baju terakhir yang abang pakai, Mak terpaksa potong kerana kerana baju
itu tidak muat untuk melalui perut abang yang 'buncit'.
Tapi,
mak akan simpan baju itu. Mak tak cuci, sesekali boleh mak cium baju
itu, sekadar pengubat rindu di hati. Kemudian abah kendong tubuh abang
ke pangkin yang telah disediakan. Lalu abah dan mak mendikan jenazah
abang. Hanya kami berdua. Mak tak mahu orang lain. Biar tangan abah dan
mak yang menjiruskan air buat kali terakhir pada tubuh kecil abang.
Mak nampak anak mata abah, berkaca-kaca, setitis dua air matanya
tumpah, mengalir di pipi, tapi cepat-cepat abah sapu dengan lengan
sasanya. �Bang, jangan menangis. Kita selesaikan hingga ke titisan
terkahir,� begitulah kata mak pada abah. Setelah abang dimandikan, mak
bantu abah kapankan jenazah abang. Pun hanya kami berdua juga, biar
tangan kami saja yang memakai dan membalutkan kain terakhir pada tubuh
abang.
�Kakak, jangan menangis. tak baik buat abang macam tu!�
Itu pesan mak semasa kakak-kakak mahu mengucup dahi abang buat kali
terakhir. Abah pula selepas mengucup dahi abang, cepat-cepat abah
menjauh memalingkan muka. Mak nampak air mata abah berjuntaian membasahi
pipi. Dan buat kali terakhir itu juga, mak usap dahi abang. Mak senyum,
lantas kucup dahi abang. Mak bisikkan: �Abang tunggu mak di syurga ya!�
Akhirnya, wajah abang �ditutup�. Kami sembahyangkan abang buat kali
terakhir. Ramai betul jemaah yang turut serta. Setelah itu, kami bawa
abang ke tanah perkuburan. Abah masuk ke dalam liang lahad untuk
menyambut jenazah abang. Alhamdulillah, semua kerja dipermudahkan. Abang
sudah selamat di sana. Bertubi-tubi mak terima ucapan takziah daripada
tetamu yang datang.
Abang nak tahu, ada satu soalan yang mereka
tanyakan pada mak. Soalan itu asyik terngiang-ngiang di telinga mak.
Tanya mereka: �Kakak uruskan jenazah anak kandung sendiri, tapi setitis
air mata tak jatuh ke pipi? Kenapa kakak tidak menangis?� Itulah soalan
mereka.
Mereka hairan kenapa mak tidak menangis, sebaliknya
bibir mak tidak lekang dengan senyuman. Kenapa mak masih mampu tersenyum
di saat memangku sekujur tubuh yang pernah berada dalam rahim mak dulu?
Petang itu, mak duduk di satu sudut di ruang tamu rumah. Mak terfikir
tentang soalan mereka itu. Mak tak tahu nak jawab macam mana. Kemudian,
mak nampak sebuah diari di atas para di sudut ruang tamu. Lantas mak
capai diari kecil itu. Di dalamnya tercatat peristiwa yang berlaku
sepanjang empat tahun dua bulan mak membesarkan abang. Mak selak helaian
demi helaian paparan kertas dalam diari yang sedikit usang itu. Aduh!
Banyak sungguh memori yang tercatat di dalamnya.
Membacanya
bagaikan meruntun jiwa mak kembali mengenangkan perjalanan derita abang
sejak lahir hingga menghembuskan nafas terakhir.
Mata mak
terpaku pada catatan peristiwa lebih kurang tiga bulan sebelum abang
pergi. Mak rasa, di sinilah terkandung jawapan yang mak cari-cari.
Jawapan untuk soalan yang mereka tanya kenapa mak tidak menangis? Mak
akan bacakan sedikit rentetan diari ini supaya mereka tahu kenapa mak
tidak menangis, sayang.
Januari 2011- Perut abang semakin
membusung kerana hati membengkak. kata doktor, semua organ dalaman abang
sudah rosak, sudah �reput�. Tak boleh diselamatkan lagi. Tidak mengapa.
Hati mak berkata, cukuplah! Tidak akan ada lagi pembedahan untuk abang.
26 Februari 2011- Hari ini ulang tahun ke-4 abang. Dua hari sebelum
itu, mak tanya, abang nak kek apa? Abang jawab, �Nak kek lori sampah!�
Hah Hah.. Tergelak mak. Abang suka sangat melihat lori sampah yang lalu
setiap pagi depan rumah. Sebab itu abang nak kek bentuk lori sampah.
Puas mak dan abah melilau sekitar Kuala Lumpur, tapi tak jumpa kek macam
tu. Tak ada yang sanggup buat kek macam yang abang minta. Mak kecewa!
Selama ini, mak tunaikan apa saja permintaan abang, tapi kali ini mak
gagal. Mak belikan kek coklat strawberi sebagai pengganti.
Dengan perut membusung, dada berombak kerana sukar bernafas, abang masih
tersenyum dan nampak ceria melayan rakan-rakan yang datang, sama-sama
menyanyikan lagu hari jadi abang. Dan ketika itu, hati mak sudah
terdetik, mungkin ini hari jadi abang yang terakhir.
7 Mac
2011- Keadaan abang makin kritikal. Perut abang semakin besar. Abang tak
mampu nak bergerak, lebih banyak terbaring dan asyik sesak nafas. Mak
tak tahan lihat keadaan abang. Mak bawa abang ke IJN, rumah �kedua�
abang sepanjang tempoh hayat abang. Kata doktor, tiada apa yang boleh
dilakukan lagi.
Abang hanya menanti waktu. mak angguk perlahan.
Mak redha. Dalam hati mak juga sudah berkata, masa abang tidak lama
lagi. Para ibu di wad tersebut asyik bertanya pada mak, �Macam mana
dengan abang?� Mak jawab:�InsyaAllah, abang akan sihat!� Mak terpaksa
cakap begitu pada mereka, sebab mak tak mahu mereka semua lemah semangat
jika mereka tahu abang sudah tiada harapan lagi.
Mereka pun
sama, masing-masing bertarung dengan ujian apabila anak yang dikasihi
ditimpa penyakit. jadi biarlah jawapan yang mak beri itu kedengaran
manis pada telinga mereka. Pahitnya, biarlah mak sendiri telan.
13 Mac 2011- Hari Ahad. Mak pinta kebenaran doktor untuk bawa abang
pulang kerumah . Doktor izinkan. Biarlah abang habiskan waktu-waktu
terakhir bersama keluarga. Dan di saat-saat akhir ini, mak mahu tunaikan
apa saja permintaan abang.
Di rumah, setiap hari mak akan
tanya: �Abang nak apa hari ni?� Mak masih ingat pada suatu pagi, abang
menjawab: �Mak, abang nak naik kereta bomba!� Mak termenung dengar
permintaan abang. Bila abah pulang ke rumah, terus mak ajak abah keluar.
Abah tanya, �Pergi mana?� Mak jawab: �Balai bomba!�
Sampai di
situ, mak minta izin pegawai bomba. Mak kata, abang teringin nak merasa
naik ke dalam trak bomba. Pegawai itu garu-garu kepala, kemudiannya
menggeleng-gelengkan kepala. Belum sempat pegawai bomba itu menjawab,
lantas mak tarik baju abang ke paras dada. Separuh berbisik, mak
beritahu pegawai itu: �Encik, ini anak bongsu saya dan hanya menanti
masa untuk �pergi�! Benarkan saya tunaikan impian terakhirnya ini!�
Bila lihat perut abang yang buncit dan dada dipenuhi kesan parut dan
jahitan, pegawai itu tak tunggu lama. Terus dicapainya kunci, dibuka
pintu salah satu trak bomba itu. Dia dukung abang, letakkan ke atas
tempat duduk bahagian pemandu. Abang nampak gembiru sangat biarpun cuma
15 minit abang di dalam trak itu. Abang tak perasan, mak palingkan muka
lima saat. Sekadar mahu mengelap titisan air mata yang mula bertakung.
Hari lain, mak tanya lagi: �Abang nak apa?� Abang jawab: �Abang nak
naik lori sampah!� Mak dukung abang, tunggu depan rumah. Bila lori
sampah lalu pagi itu menjalankan rutinnya mengutip sampah, Mak tahan
lori itu.�Encik, anak saya teringin naik lori ni. Boleh izinkan
sebentar?� Pekerja itu tertawa mendengar kata-kata mak. Kemudian, mak
angkat baju abang dan beritahu perkara sama. Berubah mimik wajah mereka.
Segera mereka angkat abang, letakkan di tempat duduk pemandu. Ada
antara pekerja itu yang memalingkan muka, tak sanggup lihat abang
lama-lama. Sedih agaknya. Begitulah seterusnya. Setiap hari, mak akan
tanya pertanyaan yang sama. Abang kalau nak tengok gajah, mak bawa abang
pergi zoo. Walaupun abang tak larat jalan, tak apa. Mak dan abah tidak
kisah, kami silih berganti dukung abang.
Abang kata nak tengok
burung, mak bawa ke taman burung. Abang kata nak main permainan robot,
mak bawa ke kompleks beli-belah yang ada permainan seperti itu. Ke mana
saja abang nak pergi, semuanya mak tunaikan!
Setiap hari juga
mak tanya abang nak makan apa. Macam-macam abang teringin nak makan.
Murtabak, nasi paprik, milo ais, cendol, air tebu, air bandung, rojak
dan macam-macam lagi, semuanya mak tunaikan walaupun makanan itu abang
pinta pada pukul 3.00 pagi!
Apa saja yang teringin oleh tekak
abang, semua mak cari walaupun abang sekadar menjamahnya sesudu dua. Apa
saja abang pinta, kami tunaikan. Mak tahu, mak faham, masa abang
bersama mak dan abah semakin suntuk!
27 Mac 2011- Abang semakin
kritikal! Nak bercakap pun terlalu lemah, apatah lagi untuk bergerak.
Mata kuyu, hanya terbaring sambil memeluk Aina, anak patung kesayangan
abang. Mak ajak abah bawa abang ke hospital.�Kali ini kita bawa abang ke
IJN, tapi kita mungkin akan keluar dengan tubuh abang yang sudah tidak
bernafas!�Itu kata-kata mak pada abah sebelum bertolak ke IJN. Mak mahu
abah bersedia dan redha jika apa-apa berlaku. Sampai di IJN, abang terus
ditempatkan di wad khas untuk pesakit kritikal.
5 April 2011-
Mak telefon sekolah asrama kakak yang sulung di Seremban. Mak minta
pelepasan daripada cikgu untuk benarkan kakak pulang. �Adik tenat. Saya
mahu kakak-kakaknya berada di sampingnya pada saat terakhir!�Itu
kata-kata mak pada cikgu dan akak diizinkan pulang pada hari ini.
Kemudian, Dr. Adura, doktor yang sinonim merawat abang datang melawat.
Mak memang rajin bercerita dengan Dr. Adura. Kebetulan mak ceritakan
yang mak terkilan tak dapat tunaikan permintaan abang mahukan kek
berbentuk lori sampah.
7 April 2011- Pagi ini Dr. Adura datang
melawat abang. Kemudian Dr. Adura beritahu ada surprise untuk abang
tengah hari ini. Rupa-rupanya, tengah hari itu datang tetamu yang juga
rakan-rakan alam maya Dr. Adura membawa kek lori yang abang mahukan
sebelum ini. Ada dua kek mereka bawa. Mak tak sangka, Dr Adura tulis di
dalam blognya kisah abang dan ramai yang mahu menyediakan kek yang abang
pinta.
Sekali lagi, para tetamu bersama jururawat dan doktor
menyanyikan lagu selamat ulang tahun untuk abang. Tapi abang kurang
ceria, wajah abang tampak letih dan nafas abang turun naik.
8
April 2011- Tengah hari ini, masih ada lagi tetamu datang membawa kek
berbentuk lori warna pink untuk abang. Tapi abang sekadar lemah. Abang
sekadar terbaring merenung kek itu. Malam itu, semasa jururawat
mengambil tekanan darah abang, bacaanya meningkat naik. Tapi hati mak
dapat rasakan abang sekadar mahu meredakan keresahan hati mak. Malam
itu, hanya mak berdua dengan abang di dalam bilik.
Mak pandang
sayu wajah abang yang semakin lesu dan pucat. Mak duduk di sebelah
abang, mak peluk dan usap rambut abang. Mak menangis teresak-esak bagai
anak kecil. Dalam tangis itu, mak katakan pada abang: �Mak tahu abang
nak senangkan hati mak. Abang tak perlu buat macam tu. Mak tahu abang
nak pergi. �Jangan tahan-tahan abang. Pergilah. Mak sudah sedia. Mak
redha segalanya. Mak puas dapat sempurnakan apa saja hajat yang abang
pinta. Mak juga bangga kerana Allah hadirkan abang dalam hidup mak
walaupun seketika!�
Abang hanya diam, memandang mak dengan
pandangan lesu. Dan ketika itu mak menangis sepuas-puasnya. Dan mak
berjanji tidak akan menangis lagi selepas itu! Ya, mak tidak akan
menangis lagi biarpun abang sudah tiada lagi di dunia ini.
9
April 2011- Pagi itu mak pesan pada abah agar bawa semua anak-anak
datang ke hospital. Masa abang dah dekat sangat. Mak lihat abang dah
kritikal. Wajah abang sudah tampak biru, lebam! Dada berombak,
tercungap-cungap menarik nafas. Abang dah tak mampu bercakap lagi sejak
malam tadi. Makan minum pun tak mahu.
Pukul 8.00 pagi, abah dan
kakak sampai. Mak suruh kak long bacakan Yaasin di sebelah abang. Mak
suruh abah baca juga, tapi bacaan abah tersekat-sekat kerana cuba
menahan tangisnya.
Pukul 3.00 petang, abang makin lesu. Lantas mak ajak abang keluar berjalan-jalan.
�Abang, nak tengok matahari tak? Jom kita turun kantin minum sambil
tengok matahari!� Abang hanya mengangguk lemah. Mak dukung abang dan
kita satu keluarga turun ke kantin. Abang mahu minum air coklat. Tapi
abang hanya minum seteguk. Kemudian, abang lentukkan kepala pada bahu
mak. �Abang, tu tengok kat luar tu? nampak tak sinar matahari tu?
Cantikkan?� Mak tunjuk pada abang sinar matahari yang kelihatan di
celah-celah rintik hujan yang turun waktu itu.
Abang angkat
kepala melihat ke arah matahari itu. kemudian, abang menguap. �Abang
ngantuk!� Itu kata abang dan kemudian abang terlentuk semula pada bahu
mak. Tiba-tiba jantung mak berdegup kencang. �Bang, jom naik. Abang nak
�tidur�! Mak terus ajak abah dan kakak naik semula ke wad walaupun
mereka belum sempat jamah makanan di atas meja.� Mak tahu, masa abang
sudah hampir tiba! Sampai di wad, mak baringkan abang atas katil. Dan
abang terus merintih dalam nada yang lemah: �Makkk..sakit perut..!� Dan
abang terus memanggil: �Makkkkk!�. Suara abang perlahan dan amat sayu
bunyinya. Lantas mak letak tapak tangan mak atas dahi abang.
�Abang, hari ini, waktu ini, mak redhakan abang pergi. Mak halalkan
segala makan minum abang. Mak halalkan air susu mak untuk abang.
Pergilah abang. Mak izinkan abang pergi!� Mak ucapkan kata-kata itu
sambil merenung jauh ke dalam mata abang yang semakin kuyu. Saat abang
sedang nazak itu, mak panggil kakak-kakak agar mengucup abang selagi
abang masih bernafas. Mereka kucup pipi abang bertalu-talu dan mula
meraung dan menangis.
�Kakak! kalau kamu semua nak menangis,
keluar dari bilik ini. Mak tak mahu abang dengar kamu menangis! Jangan
seksa abang dengan tangisan kamu!�
Mak marah mereka buat begitu
pada abang. Mak tak mahu abang lihat kami menangisi pemergian abang.
Mak tahu, abang akan jadi lebih sedih dan berat hati untuk pergi bila
melihat kami menangis di saat akhir sakaratulmaut menjemput abang.
Mak tak mahu tambahkan lagi kesedihan abang untuk meninggalkan kami.
Abah pula hanya berdiri di penjuru bilik, meraup wajah menahan suara
tangisannya. Jururawat yang ada dalam bilik juga menangis, mak suruh
jururawat keluar dan tutup tirai bilik itu. Mak tak mahu orang luar
lihat. Mak tak mahu ada orang menangis di saat abang akan pergi. Setitis
dua mengalir juga air mata mak. Tapi mak masih mampu tersenyum.
�Pergilah abang. Mak izinkan. Mak izinkan.. pergilah..!� Dan
perlahan-lahan mata abang yang layu tertutup rapat, genggaman tangan
abang pada jari mak semakin lemah dan akhirnya terlepas�
Pukul
3.50 petang, akhirnya abang meninggalkan dunia fana ini. Innalillah� Mak
kucup dahi abang. Mak bisikkan di telinga abang: �Tenanglah abang di
sana. Suatu hari nanti, mak juga pasti akan turuti jejak abang. Abang�
tunggu mak di sana ya! Di syurga!�
Abang, sekarang mak dah dapat jawapanyya. Mengapa mak tidak menangis?
Pertama, abang telah di takdirkan menjadi ahli syurga yang akan membantu mak di sana nanti.
Kedua, apa saja keinginan abang semasa hayat abang telah mak tunaikan. Tiada lagi rasa terkilan di hati mak.
Ketiga, segala hutang sebagai seorang ibu telah mak langsaikan semasa
hayat abang. Mak telah sunatkan dan buat akikah untuk abang.
Keempat, mak telah menjalankan tanggungjawab sepenuhnya, sentiasa berada
di sisi abang dan menggembirakan abang setiap saat dan waktu.
Kelima, mak rasa istimewa dipilih Allah untuk mendapat anak seperti
abang. Mak jadi �kaya� dengan kehadiran abang. Kaya kesabaran, kaya
tawadhuk, kaya keredhaan , kaya keimanan, kaya kawan, kaya ilmu, dan
kaya pengetahuan.
Mak telah beri segalan-galanya melebihi 100%
untuk abang. Mak telah beri yang terbaik dan mak telah berusaha hingga
ke garisan penamat. Sebab itu mak tak perlu menangis lagi. Abang..
biarpun kini hidup mak dan abah terasa sunyi dan kosong tanpa abang
ta[i� mak akan sentiasa tersenyum mengenangkan saat-saat terindah
kehadiran abang dalam hidup kami biarpun cuma sebentar.
Abang
dalam kisah ini adalah adik Iqbal Fahreen Hamdan, anak bongsu daripada
lima beradik. Abang masuk hospital seawal usia dua minggu akibat
menghidapi lima jenis kompilasi jantung termasuklah kekurangan injap,
jantung berlubang dan saluran sempit. Abang telah menjalani pelbagai
siri pembedahan seawal usia dua bulan dan ada antara pembedahan seawal
usai dua bulan dan ada antara pembedahannya gagal, malah abang pernah
disahkan �mati� apabila jantungnya berhenti berdenyut. Walaupun pada
awalnya doktor mengjangkakan hayat abang tidak lama selepas lahir ke
dunia, namun ternyata anak kecil ini mampu bertahan sehingga usia empat
tahun untuk meninggalkan kenangan terindah dalam hidup Jamilah (ibu) dan
Hamdan (bapa).
Semoga kisah ini memberi pengajaran kepada kita. Lakukan yang terbaik.
1) Balaslah segala jasa kedua ibu bapa kita selagi mereka masih ada.
Jika mereka sudah tiada, doakan kepada mereka setiap kali selepas solat.
Minta diampunkan segala dosa mereka.
2) Jagalah anak anak kita sebaiknya. Lakukan yang terbaik untuk mereka di dunia dan di akhirat.