//Fatin Nadhirah Territory




Owner

Diary About Links


Assalamualaikum to everyone who found this blog. I am Fatin Nadhirah. Welcome to my online diary. If what i wrote in here is useful, give your thanks to Allah and u are allowed to share everything in this blog. Insyaallah :)



Credits


Template : Hamba Allah
Photo: Tumblr
Best view : Google Chrome

A P I
Sunday, October 13, 2013 ❤ 11:58 PM ❤ 0 comments

mengapa bila terkena secalit api di dunia,
contoh nya api di dapur semua menjerit cari ubat,
katanya panas,
semua tahu api panas,
kalau disuruh hidupkan api, bakar diri sendiri ada yang mahu kah?
pasti tak ada.
sedang api dunia panas tak seberapa,
tapi tak seorang pun sanggup terjun dengan rela,
tapi kenapa api neraka yang panas 70 kali ganda,
kita semua sanggup beli tiket untuk ke sana?
kalis api sungguh kita,
hebat.

api dunia, besi boleh jadi cecair,
kulit kita? tubuh kita buat dari besi ya?
bukan. jadi, walau sedikit api terkena kita dah terkesan,
tak seperti besi,
jadi kenapa kita sombong diri,
kita rasa kita lut neraka Allah, ya?
kita lupa, bila malaikat datang cabut nyawa,
dia tak tanya dah sedia ke, boleh amik nyawa sekarang ke?
ajal/maut takkan cepat sesaat mahupun lambat sedetik.
lupakah kita.
mungkin hati kita gelap,
kotor dicemari titik dosa,
yang kian lama kian bermaharajalela,

wahai diri ini,
kamu sudahlah pendosa,
apa diri ini tak takut neraka,
ya kali ini aku ada cara,
tiap kali aku rasa nak buat dosa, aku akan cuba nyala,
pemetik api ke tangan,
kalau aku tak sanggup tahan sakitnya,
maka aku pasti akan takut akan neraka Allah,
neraka Allah bukan sekecil pemetik api,
bukan sesejuk air kopi,
sedang sikit api aku kata tak sanggup hadapi,
apatah lagi tercampak ke dalamnya. nauzubillah.

nukilan si pendosa yang masih cuba sebaik mampu nya.









older posts newer posts