//Fatin Nadhirah Territory




Owner

Diary About Links


Assalamualaikum to everyone who found this blog. I am Fatin Nadhirah. Welcome to my online diary. If what i wrote in here is useful, give your thanks to Allah and u are allowed to share everything in this blog. Insyaallah :)



Credits


Template : Hamba Allah
Photo: Tumblr
Best view : Google Chrome

L U P A K A H A K A N NERAKA?
Friday, October 11, 2013 ❤ 2:23 PM ❤ 0 comments
kadang manusia,
terutama a k u 
kadang jadi buta, 
dari kebaikan, hikmah,
hidayah datang melintas tak pula disahut, 
yang jatuh tak pula disambut,
yang menyinggah tak pula minta agar k e k a l 
ya  Allah yang mampu membolak balik hati, jadikanlah kami  yang insan hina penuh dina ini,
agar punya hati yang tetap sentiasa mengingatimu, 
yang tak rasa diri mulia.
yang layak akan syurga.

juga jadikan muslimin muslimat keseluruhannya,
sentiasa diapit hidayah dan redha mu, 
agar sentiasa sedar dan terpaut kembali hatinya..
padaMu 
andai tiba saat L U P A.
semua tahu neraka pedih dari api membara dunia fana 70 takat ganda.
tapi iyalah. kita,

 makhluk zaman apa? 
zaman yang mungkin akhirnya bakal tiba sekejap kilas masa.
jangan disebabkan,
umat dan saudara binasa oleh nafsu malah tipu helah dunia.
 kamu turut sama teraniaya. bukan salah mereka,
berhenti salah kan takdir,
salahkan sekeliling,
salah orang tak membimbing,
besar sudah kau hari ini, benar? 

mampu baca, mampu eja, 
tapi apa guna jika sudah celik tapi mahu kembali buta
hidup gelap gelita,
tak apa, 
walau bergelap di hari semalam, di mana masa lepas kamu tak mampu ubah apa apa,
kau tahu Allah Maha Esa,
mungkin kau begelap gelita kerana kau mahu malam tak pernah berakhir, katamu, nikmat begini, selesa, panas tiada.

maka kamu pilih mahu bersenang selamanya,
sama ibaratnya dengan ini,
panasnya engkau, payahnya dirimu atas dunia, sama,
dengan matahari. 
tahu kenapa? 
walau panas ia menyinar, pedih mata. 
supaya kau kembali guna mata untuk perkara selayaknya.
 lihat yang jauh sana. 
matahari jauh sampai tak tercapai manusia jejak kaki apatah sentuh dia,
buka lah mata, setiap malam pasti ada siang, setiap kejadian Allah, 
Allah Maha Besar, ada cerita sebaliknya,
bukan lagu saja.

susahlah dulu kamu atas dunia, berpayahlah kamu memegang erat istiqamah dan hidayah Allah hadiah padamu, 
tak semua bertuah.
hargailah.
jangan lihat apa kau nampak saja, 
kelak yang kau tak nampak..
 kau rasa tak wujud, 
sama macam...
N E R A K A 
biar leka dulu, 

kemudian ada rasa ingin kembali pada Rabb mu. 
Jangan sampai berdosa tapi rasa selesa. Allah Allah :'(

Nukilan makhluk Allah yang monolog dengan nyata. 2.17pm 11.10.2013








older posts newer posts