//Fatin Nadhirah Territory




Owner

Diary About Links


Assalamualaikum to everyone who found this blog. I am Fatin Nadhirah. Welcome to my online diary. If what i wrote in here is useful, give your thanks to Allah and u are allowed to share everything in this blog. Insyaallah :)



Credits


Template : Hamba Allah
Photo: Tumblr
Best view : Google Chrome

Kuliah Syeikh Zainul Asri
Thursday, January 30, 2014 ❤ 1:18 AM ❤ 0 comments
Berikut antara intipati ilmu yg dikongsikan oleh Syeikh.

* Hendaklah kamu bersama2 jemaah.berjaga2lah drpd perpecahan.Siapa yg mahu tinggal di tengah2 syurga lazimkan diri dgn duduk berjemaah.

* Siapa yg rasa seronok dgn kebajikannya, dan dukacita dgn kejahatannya, itulah sebaik2 mukmin.

* Hendaklah kita pilih jalan yg lurus.Jalan yg lurus itu adalah jalan Islam.makna jalan Islam itu adalah Al-Quran dan Hadis.Al-Quran bkn sekadar utk dibaca, lbh besar drpd itu adalah dgn mengamalkan apa yg terkandung dlm isi Al-Quran itu sendiri.

* Kehidupan Islam, Allah tunjuk lengkap dari sekecil2 perkara, sehinggalah sebesar2 perkara.Islam ajar kita dari sekecil kecil perkara yakni adab masuk tandas sehinggalah ke besar besar pekara iaitu memimpin sebuah kerajaan.

* Mengaji yg tiada sistem agama, tak akan lengkap klu tiada asas akidah.Asas akidah itu apa?Akidah itu ialah Allah!Tanamkan Allah sebagai akidah.Buat mcm ni dpt pahala, buat mcm 2 dpt dosa.Itulah akidah!

* Kepimpinan hendaklah mewarisi Rasulullah.Bila mana kepimpinan terputus hubungan dgn Al-Quran dan Hadis, akan terputuslah jua hubungan dgn Rasulullah.Pemimpin mestilah Ulama.Cuba lihat zaman sahabat.Semua yang diangkat menjadi khalifah terdiri daripada Ulama.Akhir zaman nanti akan bersambung semula kepimpinan yg mewarisi kepimpinan Rasulullah iaitu ketika zaman Imam Mahdi muncul.

* Jelas2 Nabi dah kata, konsert itu HARAM!bercampur lelaki dan perempuan itu HARAM!Jelas2 hukum Islam itu telah ditunjukkan yg itu dan yg ini,tetapi yg itulah yg dicegah.

* Islam dah ajar kita supaya memuliakan para sahabat2 Nabi.dalam doa misalnya, ada disebutkan "Wasollallahu A'laa Sayyidina Muhammad Wa A'laa Alihi Wa Ashabihi Wasallam." Selawat Allah ke atas Nabi dan para sahabat.

*Selepas Nabi wafat, kira2 80, 000 para sahabat telah keluar dari Madinah, untuk mengembangkan agama Islam.Mereka pergi tinggalkan anak dan isteri dan tidak pulang semula ke Madinah. 

* Seperti yg diceritakan oleh Syeikh Ismail Zain, belah kita duduk ni, rantau Nusantara ni ada sahabat Nabi yg telah sampai.Rantau Nusantara ialah rantau yang paling tua dan bangsa Melayu ialah bangsa yang paling tua dalam dunia.Siapakah sahabat Nabi yang pernah sampai ke sini?Sahabat Nabi itu ialah Saidina Uthman bin Affan tapi Saidina Uthman sempat balik semula ke Madinah.

* Tapi kita tak tau sejarah, sebab kita telah ditutup...sampai tak tau sahabat Nabi pernah smp ke sini.Sebab orang putih telah tutup semua maklumat.Sahabat telah menyampaikan agama hingga ke seluruh alam.

* Uthbah bin Nafik dan beberapa orang sahabat telah smp ke Afrika.Bayangkan Afrika byk binatang buas.Uthbah bin Nafik telah menghentakkan kakinya sambil berkata "Wahai binatang2 buas, kami generasi para sahabat telah sampai ke Afrika.Kami mahu buat penempatan di sini.Pindah kalian semua." Semua binatang pindah.gajah bawa anak cucunya, singa bawa anak cucunya, harimau bawa anak cucunya utk berpindah.MasyaAllah!

* Sebab apa kita kena muliakan sahabat2 Nabi? kerana merekalah yang mengembangkan Islam dgn susah payah.Tiada orang yg menolong Islam dgn susah payah melainkan generasi sahabat.Sebab sahabatlah orang kafir jadi hina kerana mereka mengembangkan Islam ke serata dunia sehingga berjaya.Islam dipandang mulia.Siapa yg ikut jalan para sahabat dapat selawat umat Islam daripada seluruh dunia.

* Bila Nabi suruh kita jaga para sahabat Nabi, kita boleh terima tak bila orang hina sahabat?bila ada yg kata sahabat Nabi adalah kafir.kita tak boleh terima.Itulah akidah syiah.Syiah ni adalah satu ajaran yg diserapi unsur keyahudian.Sebab itu ajarannya sama dgn yahudi.boleh bunuh Ahli Sunnah Wal Jamaah.Seperti yahudi, siapa yg bunuh A.S.W.J seumpama menghidupkan 10 orang yahudi.

* Selepas para sahabat, kita kena muliakan tabi' tabiin.Tabi' Tabiin ialah generasi selepas para sahabat.dalam doa biasanya ada disebutkan doa "wa 'anittabi'iina watabi i'ihim biihsanin ilaa yaumiddin".Islam suruh kita selawat ke atas mereka disebabkan merekalah yang mengembangkan pengajaran Nabi kepada orang2 belakang seperti kita yg ada pada hari ini.Sebab mereka sampaikan kpd kitalah, kekallah hukum Al-Quran dan Sunnah sehingga hari ini.Wajib kita doakan mereka.

* Nabi tahu, selepas habis je zaman tabi' tabiin akan berlakunya zaman tersebarnya pembohongan.Akan ada lelaki yg bersumpah, "Wallahi!" walaupun tidak diminta.tak disuruh pun menjadi saksi, tapi dia nak juga jadi saksi.

* Antara alamat kiamat, Nabi kata padang pasir akan akan menjadi padang2 rumput.Melihat fenomena yg berlaku hari ni, kita blh fhm apa yang Nabi pernah sampaikan dulu.Kutub Utara sedang beranjak.Kutub Selatan sedang senget.Apa yg Nabi kata dah nak berlaku dah.Macam2 nak jadi ni.

* Barangkali 1 gerakan bawah bumi akan berlaku dan terjadinya tsunami besar.bilamana paksi telah berubah,India akan hilang.Australia barat akan hilang.dan tak mustahil, Malaysia akan jadi pulau.

* Jangan berkhalwat antara lelaki dan perempuan kerana yg ketiganya adalah syaitan.Orang lelaki dan perempuan tak boleh duduk berdua2an hatta kamu mengajar Al-Quran sekalipun.

* Khalwat ni istilah sufi sebenarnya.bila digunakan oleh orang melayu, perkataannya jadi tak elok.Ulama2 dan para auliya' dulu, mereka berkhalwat(berdua2an dgn Allah)atau istilah lain beruzlah di bukit2.

* Amalkan surah Al-Kahfi setiap hari Jumaat.Kalau x dapat amalkan, hafal ayat 1-10 drpd surah Al-Kahfi utk elak fitnah Dajjal.insyaAllah selamat drpd zaman Dajjal.Seorang dah boleh cover satu keluarga.

Wallahu'alam.








older posts ❤ newer posts