//Fatin Nadhirah Territory




Owner

Diary About Links


Assalamualaikum to everyone who found this blog. I am Fatin Nadhirah. Welcome to my online diary. If what i wrote in here is useful, give your thanks to Allah and u are allowed to share everything in this blog. Insyaallah :)



Credits


Template : Hamba Allah
Photo: Tumblr
Best view : Google Chrome

Rebah Jatuh Tersungkur bangun dan BERlari.
Tuesday, January 21, 2014 ❤ 1:22 PM ❤ 0 comments
Assalamualaikum wbt,

Hmm. Malam ni hening sejuk macam selalu,
tapi redup lagi hati aku, berombak deras.
Saat ini aku risau sampaikah aku,
pada apa yang aku kejarkan ini nanti?

Persoalannya sempatkah,
dunia yang aku kejar,
kehebatan yang duniawi tawarkan pada aku ini,
berbaloikah untuk aku bersusah
untuk dunia yang hujungnya aku rasa tak lama muncul tiba,

Ya tak lama. Sikit saja.
Siapa tahu hanya sekelip mata,
Helaian mulia Al-Quran Nur Kareem kian lama makin hilang helaian indahnya.
Allah.
Siapa yang tak gerun kalau difikirkan,
Kau tahu ke kau berakhir kat mana?
Kau pastikah dirimu ahli syurga mahu neraka.
Hebat kalau kau tahu.

Jam berganti minit, minit berganti saat,
Masa kian suntuk,
Kerap aku rasa,
Saat seterusnya bukan milik aku,
Tak mahu aku akhirnya suul khatimah,
Tapi lihat pada hari ini,
Amal apa telah ku perbuat untuk sorong aku ke Jannah,

Lepas satu satu aku rungut,
Lelah penat, cukup.
Hidup penuh ujian, rahmat, balasan,
Suara emas mama pernah berbisik tepi telinga aku,
Jelas sekali terdengar lalu desup masuk ke hati aku,

‘’Lebih baik dosamu dibalas agar sakit dulu di dunia,
Kerana menebus segala dosa daripada kau bayarnya di akhirat kelak,
Yang peritnya kau takkan boleh ubat’’

Tersentak segala emosi yang wujud yang Allah kurniakan pada Aku saat itu.
Tiap kali aku rungut akan ujian,
Aku lupa,
Aku alpa,
Aku tak bersyukur yang Allah kasihankan aku,
Dia hukum aku sikit di dunia,
Semata mata untuk bayar pampasan dosa aku,
yang tak terkira seluas angkasa selebar lautan banyaknya.
Astaghfirullhalazim.

Bukan kita ini buta,
Cuma, kadang pandangan kita terhalang seketika,
Mungkin oleh nafsu, jua hati yang telah terjun ke duniawi sejak azali,
Mungkin hingga kini,

Aku selalu perlu sedarkan diri,
Teguh berdiri walau dunia menolak aku ketepi,
Menekan jatuh tiap hari,
Menghembus aku pergi dari tujuan sebenar semua khalifah di bumi,
Kejar syurga.

Benda baik halangan dia hebat,
Kerana ganjarannya penuh hikmat,
Setelah kau lama berpenat,
Ingatlah
Dalam diri Rasulullah itu adanya Uswatun Hasanah,
Kita, aku, Kau, semua ini,
Tinggal ikut,
Tinggal hanya perlu TABAH.

Susahlah dulu sekarang Fatin Nadhirah,
Dunia dah tak lama pun bakal mati,
Kau sabarlah sikit,
Jannah sana kekal abadi,
Wajarkah kau jual akhirat demi dunia,
Sama sekali tidak.
Bangkitkan dulu diri sendiri,
Kalau tidak bagaimana kau bisa,
jadi kuat untuk tarik orang berdiri kalau kau sedang terperosok jatuh.

11.34pm /19/1/14

Nukilan,









older posts newer posts