Assalamualaikum to everyone who found this blog. I am Fatin Nadhirah. Welcome to my online diary. If what i wrote in here is useful, give your thanks to Allah and u are allowed to share everything in this blog. Insyaallah :)
Hamba Allah S.W.T
Salam ukhwah fillah ❤ Fatin Nadhirah Ahmad Houzey, I am twenty years old .born on 29 May 1995. KUIS-ian. I am TESL-ian .I love to cook, I am talkative, I am a sinner, I can't get away from doing mistakes, so please guide me :') I am still in my way to be a true Muslim practicer. may Allah ease everything for me. pray for me, can you? :)
Kali ni aku tak tahu spesifikasi bicara aku ini mengenai apa. Tapi nya aku tertarik dengan suatu perkara ni, Mainan syaitan. Kadangkala, syaitan buatkan benda yang baik tu kelihatan jahat di mata kita, sentiasa nampakkan cacat cela atas sesuatu perkara baik yang kita nak buat. Kadang tu benda yang tak baik ia buatkan sampai terlihat indah. Nauzubillah.
Aku rasa semua melalui perkara ni, mainan syaitan. Ya aku akui, susah nak ubah dan elak. Tapi sekurangnya aku akan cuba sedaya upaya aku, semampu aku, dengan kekuatan yang Allah pinjamkan buat aku. Dalam mengejar redha dan CintaNya semata mata. Kadang aku rasa aku yang kejam dengan diri aku kerana susah nak turut segala sesuatu yang telah terizin buatku hadapi. Ya Illahi mungkin iman ku belum cukup utuh agar aku tetap tempuh dengan penuh sabar.
Aku akan cuba perbaiki segala yang masih kurang lagi, mahu susah, walaupun aku rasa aku akan rassa sebahagian dari aku patut dibuang pergi, demi Illahi. Hadirnya kadang dalam kekalutan kalbu aku. Mohon kau peliharanya ya Rabb. Aku mungkin belum cukup layak, maka bantulah aku untuk menjadi yang layak, terbaik antara yang terbaik. Andai aku tersungkur tiap kali aku cuba mendaki dan berlari, mohon kau perkuatkanlah aku untuk kembali berdiri dengan harapan dan semangat bahawa Kau sentiasa ada untuk aku disetiap aku perlu, disaat manusia tidak lagi ada untuk memelukku. Ku pohon kau peluk hatiku sentiasa agar sentiasa dalam redha cintaMu.
Ya Rabb. Aku mungkin kadangkala merungut mengapa aku seringkali gagal, tapi aku mohon kau terangkanlah hatiku untuk melihat hikmah di setiap ujianMu supaya aku perbaiki perihal aku denganMu. Ya Allah, jangan kau labuhkan cinta yang kau kurniakan buatku kepada hati mereka yang tidak melabuhkan cintanya padaMu. Sesungguhnya disetiap rasa yang tersembunyi di setiap nafasku Kau yang Maha Tahu.
Kuatkan aku untuk berpegang kepada perintahMu dan prinsip aku. Jika yang susah itu memang ujian yang kau kirim buat aku, aku terima, jika kegagalan itu guru untuk aku, aku akan belajar. dan bila mana tangisan aku sebagai pengajaran agar aku terus tabah, akan aku belajar jadi kuat. Andainya dengan segala yang kau beri adalah satu dari liku untuk menemui kehidupan yang lebih baik dihadapan, Dengan izinmu, lapangkan hatiku untuk terima semuanya dengan senyuman terukir sentiasa :)
Akhir sekali, andai yang lepas tinggalkan seribu titisan airmata, ku mohon kau jadikan ia perkara yang membuatkan aku senyum syukur hari ini dan di masa seterusnya. Amin ya Rabb.