//Fatin Nadhirah Territory




Owner

Diary About Links


Assalamualaikum to everyone who found this blog. I am Fatin Nadhirah. Welcome to my online diary. If what i wrote in here is useful, give your thanks to Allah and u are allowed to share everything in this blog. Insyaallah :)



Credits


Template : Hamba Allah
Photo: Tumblr
Best view : Google Chrome

Puisi buat mama
Thursday, April 3, 2014 ❤ 8:47 PM ❤ 0 comments
Orang selalu cakap, kau ni sikit2 cakap pasal mama kau.
Yelah mama aku kawan baik aku, sebahagian dari aku ada padanya.
Dia ada, tetap ada walaupun yg lain pergi.
Jauh tinggalkan aku--

Dia tahu mana lebih mana kurang mana cela aku,
Namun seadanya terima aku,
Biar ribu cela, biar manusia hanya tutup mata,
Tanpa pernah minta agar aku menjadi sempurna,
Aku bahagia ada dia--

Mungkin kadang aku tak pandai tunjuk,
Tapi jauh di lubuk hati aku,
Aku syukur Allah hadiah atau aku boleh gelar sebagai pinjam,
Ya. Dia yang Allah pinjamkan,
Jadi, macam kalian juga, ada satu cuma ibu yang kandung kemudian besarkan kalian, sampai hari ini,
Dari tatih ke berlari.

Sini aku ulang, Ada pun sangat tidak patut bagi aku kiranya aku tak utamakan dan sayang dia bagai separuh jiwa,
Henti bicara pasal pelengkap hidup,
Kita ni lupa orang yang ada dengan kita dari mula,
Kita lupa nak hargai, Nak layan bagai permata,
Masih jua dikejar yang hanya muncul bila kau telah pandai berlari,
Ukir tawa sendiri,

Ingat dulu siapa ajar kau bicara,
Siapa juga yang penat lelah jaga siang malam,
Rungut tidak jua.
Fikir bersama.
Timbulkan rasa serba salah kita kiranya kita layan ibu seperti bukan sesiapa,
Dahulukan, luangkan, habiskan masa kau juga untuk Dia,
Kerana ibu kau SATU tu je,
Takkan ada yang baru,

Buah hati mungkin kau boleh tukar cari ganti, pisah,
Tapi darah ibu kau yang mengalir dalam diri kau,
Jangan lupa,
berterima kasih.
Aku takkan pernah mampu balas jasanya,
Tapi cukup aku rasa bahagia lihat dia senyum bahagia.
Jadi alasan apa lagi untuk aku tak jadikan mama separuh dari aku?

Moga Allah redha dan rahmati dia sentiasa.
Sayang lillah.










older posts newer posts