//Fatin Nadhirah Territory




Owner

Diary About Links


Assalamualaikum to everyone who found this blog. I am Fatin Nadhirah. Welcome to my online diary. If what i wrote in here is useful, give your thanks to Allah and u are allowed to share everything in this blog. Insyaallah :)



Credits


Template : Hamba Allah
Photo: Tumblr
Best view : Google Chrome

Life.
Saturday, November 8, 2014 ❤ 2:07 AM ❤ 0 comments
Assalamualaikum :)

Jam dah pun 1.42am, there's something that I wanted to write in this blog.

Bismillah. Okay, airmata tak kelihatan namun bagai terasa menitis deras membasahi hati, atas sesal dan patah kerana salah sendiri, tak serik. Harapan itu sudah lah rapuh malah kabur, tapi aku masih berdiri teguh mohon Tuhan tarik segala rasa yang buat hati duka.
Masa silih meniti jarum jam di dinding.. Jarak semakin kelam jauh dari kelihatan.. Aku pun kata dekat hati, kenapa rapuh sangat, susah sangat ke untuk kau kuat? Tuhan kan sebaik yang merancang, ada sebab kenapa kau bagai jatuh kali ini, susah mahu berdiri lagi. Banyak kali mulut berpesan, tapi kau degil. Sejak mula pun risiko nya ada, kau sedar, kau pun tahu, kau melangkah sebab kau rasa yang baik dari Tuhan takkan datang bergolek. Tapi lihat, Tuhan bagi pinjam semata, bukan untuk kau genggan sampai akhir masa.

Hati, redhailah. Kadang ada yang Tuhan kirim buat kau sebagai pelajaran, pedoman, agar kau belajar dan sedar sesuatu. Kadang apa kau rancang, bukan terbaik untuk kau, Tapi susah kau nak terima bukan? Jangan soal kerja Tuhan. Langkah demi langkah, kemudian rebah, bila sesuatu ingatkan tentang benda yang buat kau remuk, hati kau menangis tak henti, mata berkaca di khalayak cuba kau kesat agar tiada yang tahu apa kau simpan dalam hati. Nak salahkan siapa lagi? Diri sendiri, sebab benarkan orang lain huni hati, biarkan yang lain hingga kau rasa nak berjalan tanpa henti dalam hujan supaya tiada satu pun lihat kau sebenarnya menangis. Tuhan, duka aku, aku tak salahkan sesiapa, mahu dia, ujian, mahupun Kau, semua salah aku. Sayang sekali aku tak dapat maafkan salah sendiri.

Dalam diam sebenarnya, yang paling terlihat kuat, termanis senyumnya, paling riang tawanya, turut menangis di belakang tabir manusia.

To be continue..







older posts newer posts