//Fatin Nadhirah Territory




Owner

Diary About Links


Assalamualaikum to everyone who found this blog. I am Fatin Nadhirah. Welcome to my online diary. If what i wrote in here is useful, give your thanks to Allah and u are allowed to share everything in this blog. Insyaallah :)



Credits


Template : Hamba Allah
Photo: Tumblr
Best view : Google Chrome

Morib getaway.
Sunday, December 18, 2016 ❤ 6:54 PM ❤ 0 comments

Kalau kau tahu.
Thursday, November 12, 2015 ❤ 6:53 PM ❤ 0 comments

Assalamualaikum.

Ya rabb, aku ingat, aku delete semuanya, mampu buat aku lupa sekelip mata. Rupanya tak. Malah airmata aku menitis lagi harini. Aku tak mampu tipu diri aku. Tuhan, andainya perkenalan dgnnya buat aku kenal Kau dgn lebih Erat, aku relakan sakit ini.

Walau dugaan terbentang disetiap masa aku dengannya, aku yakin dugaan itu dulu berhikmah, aku tahu tangisan dan sabar aku kan kau balas tak di sini, di sana nanti. Tuhan.. jauh aku berjalan.. basah bumi kerana airmata... lukanya hati namun tak apa aku biarkan.

Aku cuma mohon yg terbaik, Kau yg Maha Penyayang, takkan mungkin aku kau kecewakan, bukan? Beberapa bulan, bertukar matahari, hati masih tetap degil. Masih tak mahu biar yg pernah hadir pergi temu bahagianya. Aku akui, aku lepaskan semua pergi pada kata, tapi hati tak mahu.

Hari hari aku paksa diri senyum kuat agar dapat bertahan. Supaya aku tak ingat lagi perkara yg pernah buat aku menangis bahagia, tapi bukan milik aku. Namun jauh ke sudut paling dalam aku sebenarnya sedih tak mampu lagi berdiri.

Tapi aku lagak kuat. Sebab siapa lg nk kuatkan aku? Kuatkan aku hadapi takdir aku ya? Jaga dia dunia akhirat ya, letakkan dia ditempat paling mulia nanti ya. Moga aku pun sama. Agar dapat berjumpa di 'sana'.

Benarlah. Bila dh beri cinta, sukar untuk kau ambil dan simpan semula. Maafkan aku kerana masih belum mampu terima takdir aku.


When my mum & I talked.
Thursday, November 5, 2015 ❤ 12:23 AM ❤ 0 comments

Me n mum conversation.  

Me: Ma, ngeri ah marriage nowadays.
...
Ma: Why?
...
Me: Ya, so many problems I tengok these days, plus I can't even understand myself most of the time, how can I truly understand a guy/a spouse? Most of the time I am mad at myself, I lose myself, How can I promise not to do that to my spouse soon? Sometimes I find it difficult to make myself happy, how will I make sure I'll make ny spouse happy all the time? Can I stay not married, or if you want me to, find someone who is more patience than you, to take care of me...
--
Ma: You are May baby, and also my baby. I know you best. I hope Allah sembuhkan hati u. Then she smile.. 


Practical ends.
Monday, October 12, 2015 ❤ 10:55 AM ❤ 0 comments

Sudden spotcheck
Friday, April 17, 2015 ❤ 4:16 PM ❤ 0 comments

Assalamuaaikum and salam jumuah.

Suddenly I got a text from my friend that we need to change our room. Kannn, in the 2 week?! Are u serious? From 2 person per room to 4 personally per room. This is not funny tho.

Please have a heart people. Don't ruin my sweetest last semester. You know, I love kuis but not those people who keep troubling us, students. Sambung buat research -_-

Till then, a confession of an annoyed girl. Kbye.


Short Semester 4.5
Wednesday, April 15, 2015 ❤ 1:33 PM ❤ 0 comments
Assalamualaikum and hope everything goes well as it planned

In the middle of April where I am now standing, which made that I'm 6 weeks to leave KUIS and go through this final chapter of all the struggle, Practicum at school.

There are just 2 subjects for these 7 weeks short semester, I'm taking only 2 subjects. Lots of times, Lots of gaps that need to be plan wise so it will not become a waste in days ahead.

So, atleast I survived, isn't it? Make the greatest out of the least.


Build things that people expect none from it.
To grow, it will hurt.

Perhaps this time, even a abundance of pains is approaching, I will just let it in and allow them to help me succeed in constructing this new self. Those motivations are nothing if there's no will. Willing without knowledge is useless. Knowledge without having a clear mission is meaningless effort.

Till then, see you when I see you :)





Semester 4
Thursday, April 2, 2015 ❤ 11:31 PM ❤ 0 comments






















Sincerely,




header
Sunday, December 28, 2014 ❤ 2:29 AM ❤ 0 comments









December 27th 2014
❤ 1:26 AM ❤ 0 comments
Assalamulaikum.

Sebenarnya aku tak tahu dari mana aku nak mula. Tahun ini, 2014, bermacam suka duka, dugaan yang diterima. Mula dari yang titiskan airmata gembira, tawa dan duka. Segalanya-- berlaku sekejap mata, belum sempat pun aku hargai sepenuh hati saat yang aku lalui. Tapi ia dah berlaku, dan pergi.

Banyak Tuhan hantar pada aku untuk aku belajar sesuatu, dari seseorang, dari sesuatu, dari pelbagai yang berlaku. Tapi yang klise nya, aku hanya belajar bila aku salah langkah, lupa menghargai setiap yang aku ada. Paling mudah, nyawa, usia, masa, keluarga, dan agama. Yelah, kalau hubbul dunya, susah nak tinggalkan sesuatu untuk akhirat, aku akui itu. Susah. Tapi aku cuba sedayanya. Moga-moga ia semata kerana Tuhan dan kekal sampai aku tembus masuk ke JannahNya. Walau nyata aku
memang tak layak.

Kalau Tuhan tanya azam aku yang lepas lepas yang belum tercapai tu, macam mana? Nak tambah azam berjela jela lagi tahun 2015 nanti? Aku tak mahu minta banyak, aku nak minta Tuhan bagi aku kuat jihad lawan nafsu, patuh tiap apa yang Dia perintah. Orang yang beragama itu berakhlak, maka aku harap aku diantaranya. Berharap dapat mujahadah dalam perjalanan sebagai hamba yang boleh tamat bila-bila masa. Negara kini, banjir, musibah, di merata rata, nyawa hilang bagai perkara biasa, anak anak kelemasan dalam gelut untuk menghela nafas seterusnya.


Benarlah dunia melalaikan.
Namun aku tahu luas sungguh kasih Tuhan,
Kerana hari ini tetap aku berjalan walau kadang putus harapan.
Mohon Tuhan  ampunkan dosa seluruh ciptaan,
Tarik segala dugaan yang tak tergalaskan,

Ujian benarlah penghapus tiap dosa kesilapan,
Airmata jatuh berlinangan,

Buat yang diuji Tuhan dengan kesakitan dan kehilangan,
Hanya doa aku kirimkan,
Moga nanti kelak kau berjumpa Tuhan di Firdausi yang kita dambakan,
Kau bakal aman selamanya di sana,
 di sisi Tuhan--

#PrayForMuslims #PrayForPantaiTimur #PrayforMalaysia




Life.
Saturday, November 8, 2014 ❤ 2:07 AM ❤ 0 comments
Assalamualaikum :)

Jam dah pun 1.42am, there's something that I wanted to write in this blog.

Bismillah. Okay, airmata tak kelihatan namun bagai terasa menitis deras membasahi hati, atas sesal dan patah kerana salah sendiri, tak serik. Harapan itu sudah lah rapuh malah kabur, tapi aku masih berdiri teguh mohon Tuhan tarik segala rasa yang buat hati duka.
Masa silih meniti jarum jam di dinding.. Jarak semakin kelam jauh dari kelihatan.. Aku pun kata dekat hati, kenapa rapuh sangat, susah sangat ke untuk kau kuat? Tuhan kan sebaik yang merancang, ada sebab kenapa kau bagai jatuh kali ini, susah mahu berdiri lagi. Banyak kali mulut berpesan, tapi kau degil. Sejak mula pun risiko nya ada, kau sedar, kau pun tahu, kau melangkah sebab kau rasa yang baik dari Tuhan takkan datang bergolek. Tapi lihat, Tuhan bagi pinjam semata, bukan untuk kau genggan sampai akhir masa.

Hati, redhailah. Kadang ada yang Tuhan kirim buat kau sebagai pelajaran, pedoman, agar kau belajar dan sedar sesuatu. Kadang apa kau rancang, bukan terbaik untuk kau, Tapi susah kau nak terima bukan? Jangan soal kerja Tuhan. Langkah demi langkah, kemudian rebah, bila sesuatu ingatkan tentang benda yang buat kau remuk, hati kau menangis tak henti, mata berkaca di khalayak cuba kau kesat agar tiada yang tahu apa kau simpan dalam hati. Nak salahkan siapa lagi? Diri sendiri, sebab benarkan orang lain huni hati, biarkan yang lain hingga kau rasa nak berjalan tanpa henti dalam hujan supaya tiada satu pun lihat kau sebenarnya menangis. Tuhan, duka aku, aku tak salahkan sesiapa, mahu dia, ujian, mahupun Kau, semua salah aku. Sayang sekali aku tak dapat maafkan salah sendiri.

Dalam diam sebenarnya, yang paling terlihat kuat, termanis senyumnya, paling riang tawanya, turut menangis di belakang tabir manusia.

To be continue..




Semester 3.
Monday, October 20, 2014 ❤ 11:34 PM ❤ 0 comments
Bismillah..

Assalamualaikum :)
Alhamdulillah selesai sudah semester 3 aku sebagai bakal Ticer dalam diploma pendidikan Tesl. Bergunung dugaan dan ujian yang ditempuh sepanjang semester ini. Ada jatuh bangun, tangis ketawa, kecewa juga duka namun masih lagi aku berdiri di sini atas bumi milik Tuhan atas izinNya. Penat lelah menuntut ilmu, melawan kemalasan menuntut ilmu yang kadangkala aku tewas T^T Sepanjang perjalanan semester 3, banyak aku belajar, setia kawan, erti persahabatan sebenar, apa yang patut aku utamakan sama ada hati atau Tuhan, juga tentang siapa yang patut dipilih agar aku lebih dekat pada Tuhan, aku belajar membuat keputusan, aku menangis minta tolong Tuhan pinjamkan kekuatan, kuatkan aku yang sering tersasar jalan.

Sejak masuk semester 3 ni, ya rabb bertubi tubi Tuhan hantar segala macam ujian. Kadang jatuh, kadang rasa nak putus asa, Tapi alhamdulillah bila jatuh, aku hilang ketenangan aku cari semula Tuhan agar kembali letak tetap dalam hati T.T Marah dengan diri sendiri yang dungu sangat asyik ulang kesalahan sama. Okay lah, cukup pasal penyesalan aku.
Cuma yang aku harap:
Ku mohon Tuhan kan jaga,
Hati ini hanya pada Dia Sang Pencipta,
Agar tidak lari dari jalan menuju RedhaNya,
Tuhan jika tak mahu kau tarik segala ujian,
Ku mohon kau perkuatkan agar utuh redah segala badai taufan di hari depan,
TanpaMu ya Rahim tiada daya dan kekuatanku 

Dalam semester ni juga, aku lepaskan sesuatu, namun bukan sebab aku benci, tapi kerana aku nak Tuhan tunjukkan jika benar 'dia' itu hadiah dariNya. Walau tak digenggam tangan kelak kan Tuhan pertemukan di hari depan :')


Yes, all this long bila aku susah ke senang, down at the end mama je yang ada dengan aku, yang dapat hadam perangai dan rasa aku walaupun aku ni jenis yang bila ada masalah tak reti nak terang bagi orang faham :'D

So, one of the best thing is, aku dah dapat akhirnya beli hamster :'3 The mom (Anna), Dad (Kent), Anak dia Momo, Bee, Zach (RIP already). But now, Anna dah give birth to 3 more babies yang aku belum pasti jantina mereka xD Mereka sekarang dekat luar rumah, sebab mama papa tak bagi letak dalam bilik, nanti bilik berbau katanya.

Takoyaki, one of the food yang aku nak makan sangat, dah dapat makan. Haha ini menyebabkan addiction, aku ulang beli benda ni 2 hari. Dah makan 3 set 2 octopus, 1 shrimp. Paling sedap yang tuna flakes dia. Macam nak terbang je rasa. Haha *dah macam buat review makanan* =.= Then, baru hilang addiction :'D

 
Those chocolates I got for myself during final exam. T.T I love it then, I hate it  now because it made me put on some weight.

Diatas ini adalah hasil ketekunan menyiapkan shortnote untuk exam. Model tambahan adalah Kent Si Hamster. Dia dah gemuk sekarang :3 Harhar. 
Harap harap semua 3.0 above lahhh ye.


Above this is my classmates! Love them all. 
Hope our ukhwah become more stronger as the day passed by us :) 

A little kid, send me this picture. He captured this picture infront of Audi Ptd KUIS, And then texted me to pick it up. Thank you! Tak sampai hati nak makan :'D

And me, I sew my own emerald green abaya lace for Eid Adha on my own. Unluckily, a day before raya and the 1st day of Eid Adha I got fever and sneezing all time.I love this abaya so much. And lots of my friend fall in love with this abaya too :D

Had a day out with Qurratul my sweetie pie and some of my old friends since I was in Sementas. We talked a lot on social web, and when it comes to face to face, we got too much things to say, but we just don't know how. Anyway, me always love you!

I'm now struggling with lives, struggling with my own heart in hoping that there's still a chance to be in Jannah in the Hereafter.

After all, Thank you Allah for all the loves, lessons, tears, cares, guidance. It made who I am today. May Allah fogives us all and to myself never give up in everything :')

Till then, Goodbye. 




Last week of Lecture for sem 3.
Monday, September 15, 2014 ❤ 6:04 PM ❤ 0 comments







15 days to final exam.
Saturday, September 13, 2014 ❤ 6:46 PM ❤ 0 comments
Assalamualaikum dear readers!

Yeay we are now going to the end of semester 3. 16 days to FINAL EXAM!
So busy like bees since the beginning and maybe until the last day of  this semester. Lots of errands, stuffs, task, and books need to be memorize. 
May Allah ease everything.

I actually have so many things going on in my head but couldn't convey it well now, yeah here I mean.

There is 3 lesson plan left to be done. 6 subject to be handle. Goodluck to everyone who's sittings for exams. And so you to M.A.M.Z. :)

Qawwi Fatin.
Do not look at the hardship of sacrifices, remember and see the sweetness of success!

Ya Rabb. takecare of people that I loves. 

Rise my iman and trust on You. Let me only put my fate and hopes on you :')










1st September
Monday, September 1, 2014 ❤ 3:01 AM ❤ 0 comments
Having a productive holiday 
from 28th August until 2 September 
at home...












older posts newer posts